Kadar pengangguran Amerika Syarikat menurun kepada 8.4 peratus pada bulan Ogos walaupun pengambilan pekerja perlahan dengan majikan menambah hanya sedikit peluang pekerjaan sejak wabak COVID-19 bermula.<br /><br />Sebelum ini, kadar pengangguran dicatatkan ialah sebanyak 10.2 peratus.<br /><br />Data Jabatan Tenaga Kerja Amerika mendedahkan, majikan menambah 1.4 juta pekerjaan, turun daripada 1.7 juta pada Julai.